Thursday, April 10, 2008

UMNO Perlukan Jawatankuasa Pengimbang

Cadangan ini memperlihatkan kesan daripada keadaan UMNO hari ini yang dilihat sebagai parti yang besar, lama dan berjasa, namun dalam masa wujudnya penghakisan kualiti khususnya di peringkat akar umbi. Kecenderungan hari ini jika dilihat dalam aspek pemuda, ia tidak begitu meminati dan menghayati parti UMNO walaupun ia didaftarkan sebagai ahli, ini kerana mereka didaftarkan tanpa penerangan dan bimbingan yang jelas hanyalah kepada matlamat penubuhan cawangan dengan jumlah perwakilan cawangan yang ramai.

Memandangkan pada kebelakangan ini segala keputusan atau sebarang tindakan yang dilakukan oleh sebahagian ketua tidak dapat ditegur atau gagal diberikan nasihat maka wajarlah jawatankuasa “Pengimbang UMNO” diwujudkan bagi melahirkan parti yang dinamik, aktif dan berkualiti.

Adalah diharapkan cadangan mewujudkan Jawatankuasa “Pengimbang UMNO” dapat diadakan bagi memastikan parti UMNO sentiasa relevan,dinamik dan bertanggungjawab. Ini kerana kegagalan sesetengah pihak meluahkan pandangan yang terbaik untuk parti telah disekat oleh juak-juak politik yang mengakibatkan parti UMNO dilihat pada hari ini kaku,lesu, tidak diminati dikalangan golongan muda, tiada integrity dan mengamalkan tradisi lama.

Dengan mewujudkan Jawatankuasa “Pengimbang UMNO” ia akan memberikan nafas baru dan mewujudkan “Dasar Pintu Terbuka” untuk semua ahli menyuarakan pandangan yang terbaik.

Adalah lebih baik pembangkang didalam parti diwujudkan jika dibandingkan pembangkang di dalam parti. Ini kerana pembangkang di dalam parti mempunyai sifat tanggungjawab dan mempunyai perasaan cintakan parti. Adalah lebih baik dan manis teguran dapat di buat di dalam parti berbanding mereka yang menggunakan media, sms, blog, akhbar, radio dan pelbagai kegunaan untuk menghentam parti.

Mewujudkan Jawatankuasa “Pengimbang UMNO” diibaratkan gaduh adik beradik yang hasilnya bertambah baik. Ini kerana air yang dicincang tidak akan putus.

Keutamaan Akhlak Yang Mulia

" Sesungguhnya perbuatan mahupun perkataan keji sama sekali bukan termasuk ajaran Islam. Sesungguhnya kualiti Islam orang yang paling baik adalah orang yang paling mulia akhlaknya " riwayat al-Tarmizi

UMNO Perlu Bersatu

Kekalahan 5 negeri selepas pilihanraya yang lalu tidaklah bermakna parti UMNO sudah tidak relevan, ini kerana calon UMNO yang bertanding telah memenangi kerusi yang dipertandingkan dengan lebih besar berbanding parti komponen yang lain.

ISLAM DAN MELAYU

Menyedari bahawa masyarakat Melayu di Malaysia adalah majoritinya beragama Islam, maka bolehlah ditafsirkan bahawa Melayu itu Islam tetapi tidaklah Islam itu Melayu. Di dalam negara yang berbilang kaum dan bangsa, hanyalah parti UMNO sahaja yang membawa kedua-duanya jika dibandingkan dengan parti-parti yang merupakan serpihan daripada UMNO.

Jelas sekali selama lebih 50 tahun kita merdeka UMNO telah berjaya mengangkat martabat Islam sepertimana yang dikehendaki di dalam Islam itu sendiri malah negara Malaysia sendiri telah diiktiraf adalah sebuah negara Islam. Ini dapat dibuktikan bilamana Malaysia dipilih sebagai tempat persidangan OIC dan Perdana Menteri Malaysia sendiri dipilih sebagai Pengerusi OIC.

Namun di dalam masa yang sama, sudah pastinya banyak lagi perkara-perkara yang perlu dilakukan bagi memastikan Islam terus kuat dan masyarakatnya memahami tentang Islam itu sendiri. Maka pelbagai usaha dan pandangan daripada semua pihak termasuk parti sahsiah yang mengku berteraskan Islam turut diterima bagi memastikan jaminan Islam di Malaysia terus subur dan difahami.